Wednesday, February 12, 2014

Homemade Hot Chocolate

Assalamualaikum semua.
Hyeee.. 

Hari ni nak share resipi homemade hot chocolate. Ehh ehh bukan yang dah tersedia dalam packet tu yang hanya perlu dibancuh ye..
Bahan asasnya semestinya serbuk koko, memandangkan ambe dah beli sebungkus serbuk koko tu (tak tau camna nak habiskan).

Okay, nak buat hot chocolate ni mestilah sediakan bahan-bahannya dulu. lepas tu bancuh mcm biasa.

Mesti ada:

Serbuk koko 
Air masak
Susu low fat panas ( boleh heat up dlm microwave) - ambe guna yang low fat milk dutch lady punya
1 sudu madu/ maple/ kurma syrup untuk manis sikit - ikut kesukaan masing-masing


Serbuk koko tu tak payah letak banyak sangat sebab pahit. Nak letak banyak boleh tapi mesti lebihkan lagi susu dan air. 
Sesapa yang gemar minum milo ke, vico ke, cadburry hot chocolate ke, boleh gantikan dgn hot chocolate ni. ohh ya, hari tu ada terbaca yang milo kosong pun dah ada gula sebenarnya. As you know refined sugar tak elok sangat utk kesihatan. 

Bagi yang sedang jaga badan tu, try to make your drink skinny (bukan kurus ye), which mean include low fat milk and less sugar. Boleh buat sendiri, just beli koko powder je. heee

okay, jom layan hot chocolate malam-malam. 

Thursday, February 6, 2014

Coklat Hitam Berkhasiat

Assalamualaikum.. Hii..
Lama kot menyepi. 
Ini disebabkan dasar diriku yg sengaja menyibukkan diri dgn kerja yg melalaikan. >.<

Okay nak cerita pasal coklat. Siapa tak suka coklat angkat kaki? I think most of us, especially me, sukakan coklat kan. Tetapi, tetapi kena pandai pilih coklat yang betul-betul berkhasiat kepada kita. 
Contohnya coklat hitam (dark chocolate). Rata-rata kat tempat ambe ni payah sikit nak cari coklat hitam, so ambe google and google dapat lah resepi kat page omputih ni dark_chocolate. Hehe

Scroll, scroll dah baca semua, dah tengok bahan-bahan, ambe pun dgn semangat jaya nya buat coklat hitam tu. Ini bahan-bahan yg ambe guna. 

Bahan-bahan:

Tepung koko   - 1/2 gelas 
Madu              - 1 atau 2 sudu makan (ikut suka)
Minyak kelapa - ikut suka ( bergantung dgn adunan)
Esen Vanila      - 1/2 sudu makan
**boleh letak kismis or badam or kekacang yg lain

Cara buat:
Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan lepas tu masukkan dlm bekas ke, acuan ke. 
Simpan dlm peti ais sampai habis dimakan.

My first attempt tu, rasa dia agak pahit sebab byk sgt serbuk koko tu dan madu dia kurang sikit. And adunan dia agak liat >.< tapi tetap jugak ku makan sampai licin bekas. 
Kali kedua buat, lagi okay sebab letak kismis and madu (manis sikit). Itu pun licin jugak bekas. huhu

Tengok tajuk, kenapa berkhasiat?? Boleh google sendiri lah ye khasiat coklat hitam. 
Actually it depends on what ingredients that we used. Bagi ambe ia berkhasiat sebab;

- Pakai serbuk koko. takde gula. takde bahan campuran lain. cuma rasa pahit je
- Madu. MAdu memang terbukti byk khasiat nya kan. ambe tak pakai gula, tak pakai susu manis pun.
- Minyak kelapa. Oleh sebab takde minyak kelapa kat rumah, ambe bantai minyak kelapa dara (VCO) Catalyst, hehehehe tadaa!




Sape tak tau pasal VCO ni boleh klik (SINI). Tipulah kalau tak berkhasiat kan. 
Yang ni memang sy guna sejak dua tahun lepas, kot.. 

Seeloknya boleh cari minyak kelapa yg kat supermarket tu eaa.. boleh pakai banyak sikit nanti..

p/s: lupa nak ambik gmbr coklat. dah licin baru ingat. >.< 



Saturday, January 25, 2014

I love weekend! Yeayyhh

Assalamualaikum..
Selamat berhari Sabtu ^_^

Tengah buat apa tu? hekhek 

Balik kepada tajuk, I love weekend! sapa tak suka weekend kan lebih-lebih hari Sabtu. Kenapa Sabtu, bukan Ahad? Sama je kot. Bagi certain people yg suka Sabtu maybe sebab esok, (Ahad) masih cuti lagi dan kalau Ahad, esok (Isnin) dah fikir kerja lagi.. hok aloh. Sama je tu, setiap hari memang amat berharga buat kita tak kira Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan bla bla.... Setiap hari adalah permulaan baru bagi kita, jadi jangan terus mengalah untuk memperbaiki diri kita dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah ye, Alhamdulillah.. Lagi satu, mungkin ada certain people tak suka Isnin kan? Tak baik tau sebab Isnin kan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (jom baca selawat tiga kali ^_^). Jadi hargailah hari-hari anda dengan berbuat baik dan melakukan amal ibadah. 

Balik lagi kepada tajuk, korang selalu buat apa pada hujung minggu? Kalau yang bercuti tu untunglah, kalau yang bekerja tu, sabar je lah, kata nak cari rezeki kan? hee 

Bagi saya, I love weekend because satu keluarga (keluarga kecik) ada di rumah, mak bapak adik dan adik. Cuma hari ni, adik bongsu (Amli) ada sekolah ganti pulak. Terpaksa eden jugak menghantarnya. Lepas tu, rumah tak lah sunyi macam hari-hari biasa (saya sorang je kat rumah sebab tak kerja lagi), boleh makan besar dan bla bla bla.. Pada hujung minggulah kita dapat memanjakan diri seperti pergi shopping tak pun window shopping, pergi spa, pergi buat facial (saya lettew), kemas-kemas rumah dan banyak lagi lah..  


Last but not least, ni ada zikir-zikir yang boleh diamalkan setiap hari. Sumber saya dapat dari mana entah.. 





Sekian saja coretan di pagi Sabtu yang indah ini. Nak kemas-kemas mau ambil si Amli dari sekolah pulak.

Have a nice days and have fun guys (^_^) tata titi tutu ..


Tuesday, January 21, 2014

Newbie in a blogger world ^-^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. (okay, sangat skema!)

Tengok tajuk untuk my first entry ni, (ececehhh..) mengade sungguh bunyinya. Baiklah, baiklah, memang saya orang baru dalam dunia blog ni, baru nak berkecimpung (skema giler).

My first intention to make a blog ni sebab nak share a little bit of knowledge about healthy lifestyles, nutrition, tips to lose weight and maybe simple exercises and workouts untuk para wanita di luar sana. wasehhhh... Harap-harap tercapai lah yee..

Okay, I am done with my first entry.
Let's stop here. I need to find some inspirations outside there ^__^

Selamat datang (: